|
|
 |
Monday, February 04, 2008
Perjalanan Blog aku sampai di sini saja.Tak mungkin aku menulis lagi selepas ini.Terlalu banyak kenangan yang tersimpan di sini dan aku tak mampu untuk terus mengingati semuanya lagi.Terlalu indah dan pahit untuk aku terus berjalan andai aku terus bersama-sama blog ni lagi.Hanya setakat ini saja kemampuan aku untuk terus blogging.Aku akan tinggalkan kesemuanya ini dan kembali ke dunia kesibukkan aku.Aku nak sibukkan diri dengan kerja2 kebajikan dan kerja2 yang akan menaikkan lagi taraf hidup aku ke tahap yang betul2 mampu buat aku bangga dengan diri aku sendiri. Kepada semua..terima kasih kerana sudi membaca dan memberi kritikan pada aku secara personal mahupun direct.Aku teramat menghargainya.Aku harap hidup kalian semua dalam rahmat dan keredhaan Allah Taala. Andai panjang umur dan bulan tersenyum terang,aku pasti akan kembali di sini lagi.
SALAM SAYANG BUAT SEMUA...
Posted at 06:57 pm by xakafdeq
Permalink
Wednesday, January 09, 2008
"There are those people who don't like me. People who criticize how i run my life. People who just say things that hurt me. People who do things to give pain behind my back...through it all,i struggle to prove them...THAT I DON'T EXIST TO PLEASE THEM..."
Posted at 02:09 am by xakafdeq
Permalink
Sunday, December 23, 2007
I wanna know where you belong, I wanna know why I sing this song. I try to show how much I feel, is that a dream or is it real? I never look where you belong, until I'm gotta sing my song. Is it a lie or is it true? So many tears I've cried for you. A million tears for you... A Million tears that i have cried, I wish you were right by my side. I try to show how much I care, believe in me I will be there. I never knew where you belong, whenever you just hear my song. Is it a lie or is it true? So many tears I've cried for you.
Posted at 02:59 am by xakafdeq
Permalink
Friday, December 21, 2007
Mak dah pergi tinggalkan aku.. :'(
Khamis malam jumaat(13 dec 2007) mak telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.Permergian mak telah membuatkan seluruh sistem saraf perjalanan hidup aku bagikan lumpuh ketika ni.Aku tak pernah berenggang jauh dengan mak sebab tu pemergiaan mak benar2 membunuh perasaan aku.Kesakitan yang aku rasakan tidak ada bandingannya seperti kesakitan2 mental yang pernah aku lalui sebelum. Aku redha dengan kehendak dan kemahuan Tuhan.Ternyata DIA lebih menyayangi mak lebih daripada aku.Mak pergi meninggalkan aku keseorangan untuk terus berjalan di bumi Tuhan ni.Lepas ja mak pergi aku dapat rasakan yang aku seperti seorang anak yang kesunyian dan dunia aku kosong! Kekosongan yang tak pernah aku rasakan sebelum ni.Dan raya haji tahun ni langsung tak bermakna pada aku.Aku tak sempat menatap wajah akhir mak sebelum dia menghembus nafas yang terakhir.Aku harap pemergian mak meninggalkan anaknya yang hati sekeras waja dan tak mudah lumpuh dengan dugaan2 yang datang dalam hidup aku.Cukuplah tiga tahun aku diuji dengan ujian yang benar2 menguji tahap kewarasan aku sebagai seorang manusia. Hari ni..dah genap seminggu mak pergi..dan aku masih lagi dalam kesedihan.Aku hilang tempat bermanja,aku hilang tempat untuk meluahkan segala rasa dan aku hilang seorang 'sahabat' yang aku paling sayang dan agungkan dalam hidup. Hanya mak yang dapat terima baik dan buruk aku sebagai anaknya,hanya mak yang mengerti perasaan aku sebagai anaknya.Mak...cik rindu kat mak... :'( Aku redha..ya..aku terima segala yang terjadi.Aku tak nak mak bersedih di sana sebab aku bersedih di sini.Aku nak mak bahagia di sana.Aku nak mak di tempatkan bersama-sama dengan hamba2NYA yang DIA kasih dan rahmati.Aku tak nak mak melalui kesukaran dalam perjalanan untuk bertemu TUHAN nya.Dan aku sebgai seorng anak..apakah pengorbanan yang perlu aku lakukan untuk mak??Untuk menolong mak di sana? Ya Allah,moga KAU angkat doaku ke langit.Moga KAU tempatkan ibuku bersama2 orang2 yang KAU kasihi dan Rahmati.Moga KAU terima roh ibuku dalam perjalanannya pulang bertemu denganMU.Ya Allah..mati itu adalah benar dan roh ibuku dalam perjalanan pulang bertemu denganMU Ya Allah.KAU pandanglah segala kebaikan ibuku dan KAU ampunkanlah segala dosa2 ibuku Ya Allah.Sesungguhnya ibuku adalah seorang hambaMU yang sentiasa redha diatas setiap ketetapan yang KAU berikan padanya. Cuma 29 tahun aku diberi peluang untuk hidup bersama2 dengan mak.Dan selama itu terlalu banyak benda yang berlaku diantara aku dengan mak.Setiap Kesedihan,kesakitan,kesenangan dan segala2nya aku lalui dengan mak.Mak tak pernah berungut atau salahkan takdir diatas setiap dugaan yang menimpa hidupnya.Dan mak telah menyempurnakan amanah yang Allah berikan pada dia dengan membesarkan aku.Memberi didikan agama yang sempurna.Kalaupun aku tersasar,itu adalah kesalahan yang perlu aku tanggung sendiri.Bukan salah mak,mak dah berikan yang terbaik untuk aku sepanjang hidup dia.Cuma aku yang kadang2 salah membuat pertimbangan.Aku manusia biasa..tak dapat lari dari untuk tidak tersasar dari pegangan hidup aku.Bagi aku mak adalah seorang ibu yang sempurna!seorang mak yang banyak bekorban untuk anaknya.Terlalu banyak budi mak yang tak dapat aku balas. Cerita antara aku dengan mak dah berakhir di sini.Yang tinggal cumalah kenangan terindah yang tersimpan kukuh di lubuk hati aku.Aku cuma nak mak tahu..walaupun mak dah tak ada di sisi aku,walaupun mak dah pergi meninggalkan anak bongsunya.Semangat dan kekuatan hati mak,tetap mengalir dalam diri aku. Tadi petang aku ke kubur mak.Masa nak balik aku sedih sangat2 dan aku fail lagi untuk mengawal emosi aku seperti sebelum2 ni.Aku sedih sebab mak sorang2 kat sana.Orang kata kalau aku terus bersedih bermakna aku tak redha lepaskan mak pergi dan roh mak akan tersiksa di sana.Tak..tak..aku tak nak mak tersiksa di sana. Aku sedih dan selalu menangis sebab aku terlalu rindukan mak..bukan sebab aku tak redha Allah ambik balik mak.Aku rindu senyum tawa mak,aku rindu kata2 nasihat mak dan aku rindu segala2nya tentang mak..Ya Allah..kuatkanlah aku untuk menanggung kerinduan ini.. Aku akan tunaikan amanat mak.Mak nak lihat aku berjaya dan jadi anak yang berguna.Mungkin inilah masanya untuk aku bangun dari kejatuhan demi kejatuhan.Aku nak mak bangga punyai anak seperti aku walaupun agak terlewat untuk mak saksikan semua tu. Hati...cukuplah..jangan bersedih lagi... Kepada semua yang banyak bagi support dekat aku.Thanks banyak2..
Kepada sahabat2 aku sekalian sudi2lah kiranya kalian menghadiahkan bacaan ayat2 suci buat ibuku kerana satu hari nanti kita juga akan melalui keadaan yang sama seperti mana mereka2 yang terdahulu telah prgi meninggalkan kita.Al-fatihah.
Mak...moga mak aman dan damai di sana...
Posted at 02:30 am by xakafdeq
Permalink
Tuesday, December 04, 2007
"Cukuplah sudah kesedihan yang ada... don't run away... face it, and move on... walaupun kita akan mati esok hari."
Posted at 04:27 pm by xakafdeq
Permalink
Tuesday, November 27, 2007
Mampukah aku untuk terus bertahan? Akan pongkahkah aku dengan kehidupan yang terus menerus menyerang tanpa belas kasihan pada aku? Oh Tuhan!berilah aku ruang untuk menghela nafas di dunia aku sendiri. Aku tidak menyalahkan Takdir diatas apa yang berlaku kerana aku sedar segala yang terjadi keatas diriku adalah ujian untuk hambaNYa yang DIA sayang. DIA tak terus menerus membiarkan aku hanyut dengan dunia aku sendiri.Sebab tu aku diuji! Dan..ujian2 ini juga adalah sebahagian daripada kifarah ke atas dosa2 yang telah aku lakukan. Oh...betapa jauh aku tersasar selama ini. Satu2nya kawan yang pernah aku sayang,yang pernah bersusah payah dengan aku dan yang pernah mengkhianati aku,cuba datang kembali dalam hidup aku.Kali ni aku tak tahu untuk apa. Apakah untuk terus menerus menyakitkan hati aku? atau dia benar2 ikhlas untuk berbaik2 dengan aku. Dah banyak kali aku cuba buang prasaan prasangka dekat dia.Tapi dia tak pernah berubah! Bukan sekali dua aku dikhianati,tapi dah berkali2. Dia khianati aku...kemudian dia datang balik dalam hidup aku seolah2 tak pernah ada apa2 yang berlaku. Dan aku terima dia kembali... Kemudian dia khianati aku lagi... Dia ulangi lagi benda yang sama walau jalan crita jer lain.. Tapi aku masih lagi betah untuk menerima dia sebagai kawan yang pernah bersusah payah dengan aku dulu. Tapi dia lupa...pengkhianatan dia sebelumi ni benar2 berjaya menghancur luluhkan hati aku sebagai seorang sahabat. Kali ni dia datang lagi.. Jasman...jasman.. Kenapalah dia tak pernah berubah?Dendam apa sebenarnya yang bersalut dalam dada dia sehinggakan dia tak nampak betapa aku menghargai dia sebagai seorang sahabat yang paling aku sayang satu masa dulu. Kenapa dia sanggup khianati aku?? Kenapa dia sanggup tengok kawan dia sendiri jatuh?? Kemudian dengan senangnya dia melafazkan ucapan MAAF! Dan kenapa aku sebodoh tu sanggup menerima dan menelan semua perbuatan dia terhadap aku dulu tanpa ada secebis dendam?! Kenapa hati aku begitu fragile sehinggakan aku tak pernah nampak niat yang tersembunyi di hati orang terhadap aku? Kenapa aku begitu naif!dan kejam terhadap diri aku sendiri? It's okay..aku bagi peluang sekali lagi dekat dia.. Dan lagi..dan lagi... Kalau dia khianati aku lagi sekali ni??? biarlah..aku akan bagi lagi peluang dekat dia sampai bila2. Wehh!!!aku dah kena minyak senyonyong ker dengan dia nihhh!!!!!!!!!! Arghhhh...!!!!!!!!tidakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!! Aku tak percaya dia akan buat aku macam tu... Tapi kawan aku cakap hati manusia cepat berubah.. Rambut pun dah macam2 kaler.. Hati apatah lagi.. Nak kata aku ni berduit,rasa2nya cukup2 makan jer Tapi apa lagi yang dia nak dari aku sebenarnya? Aku pening kepala bila memikirkan gelagat manusia. Kenapa susah untuk aku belajar berkata 'TIDAK'? Otak aku selalu bertanya pada hati, "Oh hati..kenapa kau terlalu lembut sehinggakan mudah jer orang buat sesuka hati pada kau?" Then hati berkata,"Tak pa..biar la..Tuhankan ada.." Hikk..kadang2 aku selalu kalah dengan pujukan hati. Otak dan hati selalu bergaduh.Kadang2 macam perang dingin pun ada.Otak kata macamni,hati pulak kata macamni. Last2 aku terpaksa gabungkan kedua2nya sekali bekerjasama utk mencapai satu keputusan walau aku tahu salah satu daripadanya akan mencebik menjuih bibir padaku. Bila otak merajuk,hati akan memujuk.Begitulah sebaliknya. Kadang2 aku hanya tersenyum dengan gelagat hati dan otak. Mereka terlalu nakal bagi aku. Tapi aku paham..mereka dah berusaha dan bekerja keras untuk aku.Aku patut berterima kasih pada mereka.Tanpa mereka dah lama aku hilang arah. Minggu ni adalah minggu ketenangan bagi aku.Aku rasa tenang sangat2 setelah aku bersusah payah menghadapi semua benda. Minggu ni aku nak rehat puas2.Aku dah tak leh nak enjoy macam dulu sejak mak sakit.Aku paham... Dan aku akan korbankan semua keseronokan aku demi mak.. Okay hati dan otak..minggu ni adalah holiday buat korang. Aku bagi cuti!!!Ehehehe...Chau!
Posted at 10:39 pm by xakafdeq
Permalink
Thursday, November 08, 2007
Enam hari aku bercuti!Dalam ertikata cuti yang tak rasmi.Aku cuti bersebab! Bukan sengaja aku nak ponteng keja.Bukan aku nak jadi seorang staf yang bermasalah.Dah aku terpaksa ambik cuti..dah aku tak sengaja nak lalui semua ni. Dunia baru2 ni begitu kejam pada aku.Hampir2 meragut kebahagiaan yang sedang aku lalui bersama 'dia'. 'Dia' adalah permata hati aku,'Dia' adalah segala2nya pada aku.Aku tak akan terdaya mengharungi dunia ni sendiri kalau 'Dia' tak ada di sisi aku.'Dia' adalah orang yg sering beri aku kekuatan untuk hidup ni.Seteruk mana aku jatuh sebelum ni,hanya 'Dia' yang mampu buat aku merangkak kembali. Baru2 ni 'Dia' diserang demam yang teruk hanya kerana aku tak balik jumpa 'Dia' dua minggu.Keseronokkan aku berjumpa kawan2 di KL,kesibukan kerja yang aku lalui dua minggu yang lepas menyebabkan aku terlupa untuk pulang berjumpa dengan 'Dia'.Apatahlagi untuk bertanya kabar tentang kesihatan 'Dia'.Hanya kerana satu SMS yang dikirim pada aku menyebabkan aku terus balik ke sana untuk berjumpa dengan 'Dia'.Aku rasa bersalah dan bodoh!sangat2 sebab aku skarang dah pandai melupakan 'Dia' padahal 'Dia' tak pernah lupakan aku walau sesaat usia 'Dia'. Sampai ja di sana,aku hanya disambut dengan renungan mata 'Dia'.Tanda 'Dia' merindui aku.Aku kucup tangan 'Dia',aku cium pipi 'Dia'.Aku letak tangan di dahi 'Dia'. "Demam..,kenapa lama sangat tak balik?"Hanya itu saja perkataan yang keluar dari mulut 'Dia'. Aku sebak!tengok sekujur tubuh 'Dia' bergerak lesu membalas sentuhan aku.Cuba untuk mengapai tangan aku. Aku takkan sesekali menangis di depan 'Dia'.Aku adalah kekuatan 'Dia'.Kalau aku lemah,apatah lagi 'Dia'.'Dia' sedang bertarung dengan penyakit. Aku bawa 'Dia' ke klinik.Doc kata cuma demam biasa. Tapi keputusan Tuhan lebih hebat daripada pengetahuan manusia.Setelah dua hari aku bersama2 'Dia',tiba2 'Dia' jatuh sakit.'Dia' sesak nafas.Aku terpaksa bawa 'Dia' ke hospital.'Dia' di tempatkan di WAD PEMERHATIAN.Malam tu aku bawa 'Dia' keluar dari situ dan tak sempat sehari 'Dia' menghirup udara luar,'Dia' terpaksa ditempatkan balik di situ. Doc sahkan 'Dia' mengalami pendarahan dalaman dimana tempat pembedahan kanser 'Dia' mengalami pendarahan.Buat masa ni keadaan 'Dia' stabil dan bila2 masa boleh kritikal.Doc suruh aku bersedia andai apa2 jadi pada 'Dia'.Tiba2 aku rasa segala2nya kosong!Tak bergerak walau sezarah.Patutkah aku menangis dengan berita itu atau aku harus bergembira kerana 'Dia' tak akan menyusahkan aku lagi selepas ni.Tak!tak!...'Dia' tak pernah menyusahkan aku.'Dia' tak pernah membuat aku rasa terhimpit dengan tanggungjawab yang aku ada untuk 'Dia'. Selepas doc bagitahu aku perkara tu,perlahan2 aku duduk dibirai katil sambil memerhatikan 'Dia' yang sedang lena dibuai mimpi.Wajahnya yang bening dan tenang.Perlahan2 aku usap rambut 'Dia'.Disaat tu seperti sebuah filem layar bisu,aku terpaksa menyaksikan kembali segala perbuatan aku dulu yang selalu menyakitkan hati 'Dia'.Masa remaja aku yang sering buat tidur malam 'Dia' tak nyenyak hanya kerana risaukan aku yang masih berembun dipagi hari.Betapa bedosanya aku!! Dan tanpa aku sedar..aku kalah pada permainan perasaan aku sendiri.Baru aku sedar betapa 'Dia' begitu penting dalam hidup aku. Dalam kegelapan samar2 lampu wad K8 HSAH.Aku menangis sendiri.Tangisan yang merobohkan benteng keegoaan aku sebagai seorang anak.Dan pada saat tu aku berjanji sendiri,aku takkan buat mak menangis lagi...
**Saat entri ni ditulis,aku baru masuk kerja dan mak masih lagi terlantar di sana.Moga KAU berikan kesihatan yang baik untuk ibuku Ya Allah...**
Posted at 11:53 pm by xakafdeq
Permalink
Thursday, November 01, 2007
"Honey,bnyk mana u syg kat i? Sender:In my heart! +60174xxxxxx Received:22:28:51 30 10 2007
Tiba2 dia buat gila dengan menanyakan soklan macam tu kat aku.Aku tak da jawapan untuk semua tu.Aku bingung!Berkali2 aku belek msg yang dia hantar dekat aku.Kenapa dia masih meragui aku?Takkan aku nak kena terjun menara KLCC tu dulu baru dia nak pecaya yang aku memang sayang kat dia? Aku pun pening!Bila seorang lelaki berkelakuan kebudak-budakan macam tu. Aku boleh maigrain seminggu. Harkhh ptouiihhhh laaaa punya BF.....
Aku tahu dia masih tak pecayakan aku.Aku tahu..dia masih menganggap aku nak main2 kan dia.Aku juga tahu..dia rasa rendah diri sebab dia tak ada kedudukan macam BF2 aku yang lain.Tapi aku nak dia tahu yang aku tak pernah pandang semua tu.Asalkan dia mampu mengembirakan aku,membuat aku tersenyum sepanjang hidupku sudah cukup untuk aku menabalkan dia sebagai laksamana yang bertakhta di hati aku. Kalaulah aku ni pisau cukur gillete empat mata,dah lama aku kaya raya.Dah lama aku pakai kereta mewah,tak da masalah kewangan dan hidup aku tak payah susah2 nak bangun pagi pegi keja.Dah la makan gaji dengan orang,dok kena maki hamun dengan Bos la apa la..ingat aku suka ker life camtu.Kalau nak hidup cara mudah macamtu,dah lama aku hilang akal.Tak ingat dosa pahala.Tapi aku tak macam tu..Aku masih ada agama,ada akal yang Tuhan bagikan untuk aku dan yang penting aku tak nak lukakan hati mak...
Duit memang penting...Kewangan yang stabil adalah salah satu sebab pompuan2 zaman sekarang mencari lelaki yang ada kedudukan.Bohong la kalau aku pun tak berperasaan macam tu..Aku bukannya hidup di zaman batu.Aku hidup disatu zaman dimana semua benda bergerak diatas duit.Cinta zaman sekrang boleh dibeli dengan duit,tapi duit tak boleh membeli cinta(Erkk!cam terbelit lak ayat aku ni :P)
Aku nak dia fikir satu jer..aku bahagia dengan dia(buat masa ni..).Aku tak berniat nak cari yang lain..(Buat masa ni lah! :p),dan aku akan bersama2 dengan dia menjalani hidup ni..Sama2 cari duit..sama2 mengharungi kegetiran hidup dan sama2 merasai kesusahan untuk membina kebahagiaan.Tu jer yang aku nak bagitahu dia,tapi...kenapa susah sangat aku nak bagitahu dia?Hipokrit ker aku ni? Aku rasa aku tak hipokrit,cuma aku tak mahu dia rasa terpukul dan tercalar dengan pendirian aku kali ni..Biarlah dia fikir sendiri apa yang aku lakukan.Aku nak dia belajar dalam diam.Aku nak dia melihat dengan hatinya bagaimana aku mengajar dia melalui semua ni.Whoow...aku dah terasa macam nak jadi queen control lak.Tapi aku rasa takk...aku nak dia jadikan aku kekuatan dalam hidup dia.Kekuatan yang menyokong setiap sendi dia bergerak.
Akhir sekali aku reply gak msg dia dengan pembukaan dan penutupan tanpa ada klimaks disebalik persoalan tu.
"Yang..Klu i bgtahu u yg i syg kat u sepertimana luasnya lilitan bumi,u pasti kata i tipu.N sori to said,i don hv d answer 4 tht questions.Sbb bila2 masa hati i boleh berubah.Prasaan kasih syg dn cinta adalah satu prasaan pembrian Allah utk kita.Kita dicampakkan dgn prasaan tu supaya kita tahu mensyukuri pemberian tu.Dan tak mustahil loan yg kita dah apply akan dicancle bila2 masa.. So..bertahanlah selagi termampu..." (**Msg yang aku cpoy balik dari send items**)
Ntah la dia paham ker tidak...
Posted at 10:01 am by xakafdeq
Permalink
Thursday, October 25, 2007
Cikgu aku cakap..kalau rasa tertekan lepaskan dengan apa cara sekalipun supaya tekanan tu tak terus menggangu jiwa kita.. Tapi sekarang aku rasa tertekan...! Dengan cara apa aku nak lepaskan tekanan aku nih? Men snooker?! ~ argghh... Men futsal? ~ Boring... Wat lawak bodo dngan diri sendiri? ~ gila lak nanti. Pegi soping? ~ sen dah kering laa.. So apa perlu aku buat bila rasa tertekan? Bila aku fikir.. Bila aku serabutkan kepala dengan memikir.. Bila aku memikir dengan kepala yang berserabut, Aku jadi tak tentu hala.. Tiba-tiba teringat masa remajaku.. Mak aku cakap.. Apabila rasa resah, Ambil wuduk dan sujud pada Ilahi, Hanya DIA tempat kita kembalikan segala rasa senak dalam kepala. Hanya DIA yang Mampu mengembalikan segalanya.. Penah kawan aku cakap.. Bila rasa nak nangis,nangis jaaa.. Lepaskan semua sebak yang ada.. Tapi..aku dah tak mampu nak nangis lagi.. Apa aku nak buat ney? Aku menulis..takkan dia tak paham lagi? Kenapa dia nak sakitkan hati aku? Mati la macam ni.. semua benda aku nak kena fahamkan dia Bukan teruk sangat pun.. Kenapa dia tak upah ja mana2 snipper tembak jer kepala aku supaya aku tak rasa kesakitan jiwa melebihi kesakitan fizikal Kenapa dia kejam sangat ney? Mati la aku kalau selalu macam ni.. Tahu ker dia sebelum ni bila malam tiba aku kesunyian sebab aku tak ada tempat untuk bercerita? tentu dia tak tahu..sedeynya aku... Tapi kenapa baru2 ni tiba2 ja dia datang dan beritahu aku yang dia tak sengaja tinggalkan aku.. Kan lebih baik dia sengaja tinggalkan aku dulu.. Mati la macam ni... Bila ruang yang kosong dah dihias cantik2 Tiba2 dia ketuk pintu umah aku dan bagitahu yang dia nak tumpang berteduh sedangkan aku dah tak cukup ruang untuk dia di situ. Tapi aku tak mampu nak halau dia.. sebab dia penah menghuni di ruang yang sama tu,cuma keindahan ruang tu dah tak seri macam dulu lagi... mati la kalau selalu macam ni...
Posted at 04:16 am by xakafdeq
Permalink
Wherever You Will Go
So lately, been wondering Who will be there to take my place When I'm gone you'll need love To light the shadows on your face If a great wave shall fall and fall upon us all Then between the sand and stone Could you make it on your own ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ If I could, then I would I'll go wherever you will go Way up high or down low I'll go wherever you will go ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ And maybe, I'll find out A way to make it back someday To watch you, to guide you Through the darkest of your days If a great wave shall fall and fall upon us all Then I hope there's someone out there Who can bring me back to you ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ If I could, then I would I'll go wherever you will go Way up high or down low I'll go wherever you will go ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ Run away with my heart Run away with my hope Run away with my love ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ I know now, just quite how My life and love might still go on In your heart, in your mind I'll stay with you for all of time ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ If I could, then I would I'll go wherever you will go Way up high or down low I'll go wherever you will go ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ If I could turn back time I'll go wherever you will go If I could make you mine I'll go wherever you will go I'll go wherever you will go ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ i'll always remember this song dear.. Huhuhu..Miss you..
Posted at 03:55 am by xakafdeq
Permalink
|